Projek ini tercetus apabila En. Bahari Mustafa mengemukakan tawaran kepada mana-mana ahli Nelayan Pengkalan Zon Sementa yang berminat. Akhirnya hanya 21 orang yang benar-benar berminat dan berani untuk turut serta. Seterusnya beliau melantik seorang setiausaha untuk menyiapkan kertas kerja projek. Pada Mei 2008, beliau bersama En. Rosli Madan dan En. Hamilun Talkah, telah terpilih untuk mengetuai 3 Lot Projek yang ditawarkan oleh Jabatan Perikanan Negeri Selangor. Geran Projek telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Selangor di dalam sebuah majlis, di Pengkalan Kg. Tok Muda Kapar. Kesemua ahli projek turut hadir untuk menyaksikan majlis yang amat bersejarah itu.
Bertitik tolak dari sini, semangat ahli-ahli projek semakin meningkat untuk berjaya. Segala keputusan dibuat di dalam mesyuarat secara demokrasi. Gerak kerja termasuk membersih kawasan, membuat tangguk, memasang pancang sempadan (nibong) dan sebagainya, dilakukan secara gotong royong. Ini menguatkan lagi ikatan kekeluargaan sesama ahli.
Sehingga ke tarikh artikel ini ditulis, 3000 tin benih kerang telah dimasukkan ke kebun kerang tersebut. Aktiviti di tapak ialah penjagaan secara bergilir-gilir. Di pihak pengurusan pula, tugasan bagi membuat jeti pendaratan sedang diperingkat rekabentuk. Disamping itu, pihak pengurusan sedang mengintai peluang dari Agensi Kerajaan berkaitan, bagi mendapatkan bantuan atau peruntukan.
Pihak pengurusan diketuai oleh En. Bahari Mustafa selaku Pengerusi Projek. Pihak pengurusan tapak diketuai oleh En. Rosli Madan selaku Pengarah Eksekutif. Manakala pengurusan kewangan diketuai oleh En Hamilun Talkah selaku Bendahari Projek. Urusan kewangan terpaksa melalui prosedur yang ketat di mana ketiga-tiga ketua lot mesti menandatangani cek setelah dipersetujui di dalam mesyuarat.
Hubungan yang sangat baik dan semangat yang tinggi di kalangan ahli, benar-benar menjadi sebab kepada kelancaran projek. Diharapkan, semangat ini akan terus kekal demi kejayaan Projek Kebun Kerang Negeri Selangor, sebagaimana yang diharapkan oleh pihak Kerajaan dan dicita-citakan oleh keseluruhan ahli Projek.
Wednesday, November 5, 2008
AHLI AHLI PROJEK
Ahli Ahli Projek Adalah Seperti Berikut ;
Lot 8 : Bahari Mustafa (Ketua), Othman Mustafa, Latif Tambah, Ali Asad Sahlan, Mohd Zaman Mohd Nor, Saiful Bahari dan Jemali Tambah
Lot 9 : Rosli Madan (Ketua), Rafiee Yatim, Mohd Saleh Tanan, Zulkipeli Tambah, Mohd Azlin Mohd Nuri, Mohd Nazri Abdul Aziz, dan Jemali Tambah.
Lot 10 : Hamilun Talkah (Ketua), Jaafar Ahmad, Harun Mustafa, Roslan Madan, Abd Majid Marzuki, Hashim Sarman dan Sabidin Salehan.
Lot 8 : Bahari Mustafa (Ketua), Othman Mustafa, Latif Tambah, Ali Asad Sahlan, Mohd Zaman Mohd Nor, Saiful Bahari dan Jemali Tambah
Lot 9 : Rosli Madan (Ketua), Rafiee Yatim, Mohd Saleh Tanan, Zulkipeli Tambah, Mohd Azlin Mohd Nuri, Mohd Nazri Abdul Aziz, dan Jemali Tambah.
Lot 10 : Hamilun Talkah (Ketua), Jaafar Ahmad, Harun Mustafa, Roslan Madan, Abd Majid Marzuki, Hashim Sarman dan Sabidin Salehan.
Projek Kebun Kerang Negeri Selangor (Lot 8, 9 dan 10)
Sepintas lalu, Projek Kebun Kerang Negeri Selangor (Lot 8, 9 dan 10), beroperasi di Pengkalan Nelayan Zon Sementa, Daerah Klang, Negeri Selangor Darul Ehsan. Lot-lot projek ini in telah bersetuju untuk bergabung di dalam sebuah Koosortium yang dipengerusikan oleh En. Bahari Bin Mustafa. Konsourtium ini diberi nama BAROHA ENTERPRISE.
Subscribe to:
Comments (Atom)